Kelas Asas ICT (Microsoft Word dan Internet)

28 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas Asas ICT dan disertai oleh seorang pelajar sekolah menengah. Beliau juga merupakan ahli PEDi Taman Sepakat Jaya dan sering menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi Taman Sepakat Jaya untuk membuat kerja-kerja sekolah.

Kelas ini diadakan bagi membantu peserta menyiapkan tugasan sekolah iaitu Kerja Kursus Sejarah. Peserta didedahkan dengan asas Microsoft Word serta carian maklumat dalam internet (Google). Selain daripada itu, peserta juga didedahkan dengan applikasi Web Whatsapp dan Web Telegram bagi memudahkan beliau memuat turun dan memuat naik tugasan yang telah diberikan. Dengan menyertai kelas ini, peserta boleh meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word dan juga asas ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali